[Dakwah Kerja Ikhlas, Tak Boleh Demand Ke...???]
Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli menulis;
Tengah dok iklankan Kem Remaja Soleh di FB, tiba-tiba terpandang satu pos, yang berbunyi: Kenapa ustaz-ustaz zaman sekarang ini demand bayaran tinggi-tinggi.
Pandangan saya ialah, lihat beberapa aspek sebelum kita kata begitu:
1) Jika ustaz itu seorang profesor, mendapat gaji yang tetap di universiti, dan ketika diajak berceramah di masjid, dia demand macam-macam, maka ia satu yang tidak patut.
2) Jika ustaz/ustazah itu seorang ahli perniagaan, dia ada business sendiri yang besar, contoh ada butik Busana Muslimah yang mewah-mewah, dan dia demand macam-macam, maka ia satu yang tidak patut.
3) Jika ustaz itu seorang guru sekolah, dia perlu juga demand, kerana besar banyak mana sangat gaji guru sekolah? Takkan nak bayar RM 200 untuk sekali ceramah pun lokek sangat pihak surau atau masjid? Mana pergi duit jemaah? Kalau jemaah 20 orang, penceramah demand RM 400, takkan kedekut sangat seorang nak beri RM 20? Datang masjid tiap hari, nak beri seorang RM 20 pun kedekut taik hidung masin.
4) Jika ustaz itu pendakwah sepenuh masa, berceramah di masjid itu adalah karier beliau, maka WAJIB kita bayar beliau, bahkan sewajarnya bayar beliau dengan market price, contoh satu sesi dalam 1-2 jam hendaklah bayar sekurang-kurangnya RM 200.
Kalau yang mengomel ini ialah pelajar yang tiada wang, dan program tiada budget daripada universiti, okey lah jua, tetapi kalau yang mengomel ini ialah pihak masjid, surau, atau pejabat, maka sangat memalukan.
Hangpa pandai cakap pasal ikhlas? Apa ingat kerja ustaz sahajakah perlu ikhlas? Habis tu pensyarah, jurutera, doktor tidak perlu ikhlas? Kalau ustaz terima bayaran dikata tidak ikhlas, sama lah dengan kalian kerja setiap hari dapat gaji tidak ikhlas.
-----------------------------------------------------------------------------
Tambahan dari saya;
Apakah mereka yang bergelar pendakwah Islam ini tak boleh demand dan mesti hidup serba kekurangan? Adakah pendakwah ini golongan 2nd class? Saya mengenali banyak pendakwah dan ramai di antara mereka tak pernah menetapkan harga untuk dijemput memberikan ceramah dan akhirnya ada yang hanya dibayar RM50...!!!
Bukan wang jadi keutamaan tetapi apabila mereka datang dari jauh, hargailah usaha mereka... Mereka juga ada anak dan bini untuk ditanggung... Takkan nak bagi anak bini makan pasir di rumah? Sebab itulah ramai yang takut menceburi bidang dakwah secara sepenuh masa... Sepatutnya kita galakkan lebih ramai lagi menceburi bidang dakwah secara sepenuh masa tetapi hargailah usaha mereka... Ceramah memanglah sejam dua tetapi sila ambil kira masa perjalanan datang dan pulang juga. Andai ceramah Maghrib, mereka pasti akan keluar jam 5 lebih supaya tidak lewat dan akan pulang kerumah dalam pukul 10-11pm.. 6 Jam.... Fikir-fikirkanlah apa yang ditulis oleh Ustaz Masri ini...